
- JBS Sarawak
- Hits: 69
PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 69
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 12 Mac 2025 – Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dengan kerjasama Kelab Belia Sejati Sadong bercadang untuk mengadakan Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Bahagian Samarahan 2025.
Tujuan Program Rakan Muda Ramadhan ini diadakan adalah untuk menarik minat belia menghidupkan bulan Ramadhan al- Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian disamping untuk membudayakan amalan sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadhan.
Perbincangan pelaksanaan program ini telah diadakan dengan mengadakan kunjungan hormat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pesantren Abdul Taib Mahmud, Sadong Jaya.
Hasil perbincangan, SMK Pesantren telah bersetuju menerima pelawaan menjadi venue bagi Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Bahagian Samarahan 2025 yang akan diadakan pada Khamis, 13 Mac 2025.
Hadir untuk membuat kunjungan hormat ini adalah Pegawai Unit Rakan Muda, Encik Freddy Anak Jombing dan Encik Abu bin Amir mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan. Pihak sekolah pula diwakili oleh Penolong Kanan 1, Puan Marianawati binti Embok, Penolong Kanan Ko, Puan Rozana binti Besiri dan Penolong Kanan Tingkatan, Ustaz Abbas Bin Abdullah.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama