Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 28 OKTOBER 2024 – Senam Cergas sempena Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah 2024 pada 19 Oktober 2024 telah memeriahkan Dataran Pehin Setia Raja Mukah seawall 6.30 pagi dengan penyertaan lebih 400 orang peserta. Program ini bertujuan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di sekitar daerah Mukah selain salah satu pengisian aktiviti Hari Sukan Negara pada tahun ini.
Program anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Arena Seberang turut dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah kepada para peserta yang hadir. Selain itu, pasukan yang hadir turut dipertandingkan bagi beberapa kategori antaranya pasukan paling sporting, pasukan paling cergas dan pasukan paling ramai. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia, Datu Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Mukah.
- JBS Sarawak
- Hits: 167
