
- JBS Sarawak
- Hits: 67
PROGRAM RAKAN MUDA TADARUS PERINGKAT BAHAGIAN MUKAH TAHUN 2025 MASIHI / 1446 HIJRAH
- JBS Sarawak
- Hits: 67
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 7 MAC 2025 – Perbincangan Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Bahagian Mukah Pertandingan Hafazan telah diadakan pada 7 Mac 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Igan. Program yang bermatlamat untuk menghidupkan bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian dalam kalangan belia ini akan dilaksanakan pada 13 Mac 2025 di sekolah tersebut.
Program yang bakal dilaksanakan ini akan melibatkan penyertaan 50 orang peserta belia yang berumur antara 13-18 tahun. Hadiah wang tunai turut disediakan kepada peserta yang menang dalam pertandingan tersebut. Johan peserta lelaki dan perempuan akan mewakili bahagian Mukah ke peringkat Sarawak yang akan diadakan pada 18 Mac 2025 di Kuching.
Perbincangan tersebut telah dihadiri Puan Hatijah binti Halidi, Pegawai Penyelaras Program bersama Encik Mohammad Arbi bin Rosli dan Puan Noorlina binti Mirais mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah dan guru yang terlibat atas kerjasama pengelolaan program tersebut.