PROGRAM PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK DI DAERAH MUKAH

PROGRAM PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK DI DAERAH MUKAH

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 18 MAC 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah dijemput bersama ke Program Pengagihan Bubur Lambuk di daerah Mukah pada 17 Mac 2025 bertempat di Menara Jam, Jalan Boulevard Mukah. Program anjuran bersama Cats FM dan Tabung Haji Sarawak dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat P.213 Mukah telah dihadiri Encik Mohammad Arbi bin Rosli dan Puan Noorlina binti Mirais mewakili pejabat.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P 213 Mukah. Beliau turut bersama-sama mengedarkan kalendar tahun 2025 dan bubur lambuk kepada pengguna kenderaan di kawasan tersebut. Program turut dihadiri Datuk Hajah Nurlaila Said, Pengarah Tabung Haji Sarawak dan Tuan Haji Iskandar Mohd Nawawi, Pengarah Urusan Kristal Harta Sdn.Bhd. (Cats FM). 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search