
- JBS Sarawak
- Hits: 79
PEMERIKSAAN KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI MUKAH BERSAMA PIHAK JKR MUKAH
- JBS Sarawak
- Hits: 79
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 14 MAC 2025 – Pemeriksaan fasiliti Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Mukah yang telah digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir pada bulan lepas oleh pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama pihak Jabatan Kerja Raya Mukah telah diadakan pada 13 Mac 2025 bagi melihat beberapa kerosakan yang telah berlaku.
Hasil pemeriksaan dan kos membaiki kerosakan tersebut akan dipanjangkan ke Pejabat Residen Bahagian Mukah selaku Jawatankuasa Bencana Peringkat Bahagian Mukah. Pihak pejabat telah diwakili Encik Mohammad Arbi bin Rosli dan Puan Noorlina binti Mirais. Untuk makluman, Kompleks Sukan Komuniti Mukah telah beroperasi sebagai PPS pada 2 Februari 2025 dan telah ditutup sepenuhnya pada 13 Februari 2025.