
- JBS Sarawak
- Hits: 68
LAWATAN KERJA-KERJA NAIK TARAF SISTEM PEMADAM API DI KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI MUKAH
- JBS Sarawak
- Hits: 68
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 11 MAC 2025 – Lawatan singkat ke Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Mukah bagi kerja-kerja naik taraf sistem pemadam api telah diadakan pada 11 Mac 2025 oleh Encik Mohammad Arbi bin Rosli dan Puan Noorlina binti Mirais.
Lawatan tersebut adalah untuk melihat kerja-kerja tambahan yang sedang dilaksanakan oleh pihak kontraktor bagi mendapatkan Permit Operasi (OP) KSK tersebut. Setelah selesai kerja-kerja tambahan, pemeriksaan kali kedua akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dijangka pada April ini.