
- JBS Sarawak
- Hits: 69
PROGRAM RAKAN EKSPRESI: RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 69
Disediakan oleh : OAK, JBSN Sarawak.
KAPIT, 13 Mac 2025 – Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Kapit telah dilaksanakan dengan jayanya di Masjid Jabal An-Nur Kapit, semalam. Program ini anjuran oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dengan kerjasama HIKMAH Cawangan Kapit, Pejabat Agama Islam (JAIS) Bahagian Kapit dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jabal An-Nur.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan belia dan komuniti setempat dalam menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak serta memberikan ruang untuk mereka mengembangkan potensi diri melalui aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan.
Aktiviti yang dijalankan semasa program ini termasuklah tazkirah Ramadan, pertandingan hafazan, tadarus al-quran, tilawah al-quran dan pertandingan azan. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh En Lanting Mala, wakil kepada Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit.