
- JBS Sarawak
- Hits: 75
DAFTAR KELAB MAMPU KEMBANGKAN PENGLIBATAN KOMUNITI SETEMPAT DALAM AKTIVITI SUKAN
- JBS Sarawak
- Hits: 75
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 11 MAC 2025 – Satu lagi kelab sukan bakal ditubuh dan didaftar di Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia bagi merancakkan pelaksanaan aktiviti sukan di Mukah. Perbincangan untuk menubuh dan mendaftar kelab tersebut telah berlangsung di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah pada 10 Mac 2025. Pejabat telah menerima kunjungan jawatankuasa penaja kelab untuk mendaftar dan menubuh kelab tersebut.
Kelab ini ditubuh bertujuan untuk menggerak aktif komuniti di daerah Mukah terutama golongan belia dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif serta memupuk nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat. Hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah sebagai pemudah cara bagi pendaftaran kelab ialah Encik Mohammad Arbi bin Rosli dan Puan Noorlina binti Mirais.