Disediakan oleh: NZS, PBSB Betong
BETONG, 15 JANUARI 2025 – Satu mesyuarat berkala untuk suku tahun pertama 2025 peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak diadakan secara hibrid pada 14 hingga 15 Januari 2025. Mesyuarat melibatkan ketua bahagian di ibu pejabat serta ketua pejabat di setiap bahagian secara bersemuka dan dalam talian.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan berkenaan pengurusan jabatan, laporan kewangan, aset, tatakelola dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ). Selain daripada itu, laporan pelaksanaan program yang telah diadakan sepanjang tempoh Oktober hingga Disember 2024 turut dibentangkan oleh Ketua Pejabat setiap bahagian.
Mesyuarat berkala ini dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
- JBS Sarawak
- Hits: 270
