Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 7 JANUARI 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil.1/2025 pada 6 Januari 2025 bertempat di Ruang Tamu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Mesyuarat dipengerusikan oleh Cik Nurulzamzam bt. Hj. Shafiíe, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong dan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Mesyuarat diadakan bagi membincangkan berkenaan pengurusan pentadbiran pejabat, tadbir urus kewangan, aset&stor dan pembentangan program Belia, Sukan dan Rakan Muda serta program kerjasama strategik bersama agensi kerajaan negeri dan NGO’s sepanjang tahun2024. Pengerusi turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru dan berharap semua pegawai dan kakitangan terus meningkatkan prestasi kerja dan peka dengan arahan serta melakukan tugasan dengan penuh dedikasi dan berintegriti.
- JBS Sarawak
- Hits: 184
