Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 23 DISEMBER 2024 – Pihak pejabat mendapat jemputan Malam Apresiasi Inspirasi 2024 ‘Cheers To Greatness’ daripada RTM Bintulu bertempat di Kemena Plaza Hotel, Bintulu, Selasa lepas.
Turut hadir menyempurnakan majlis tersebut, YB Tuan Iskandar Bin Turkee, ADUN N.67 Jepak serta tetamu kehormat yang lain. Objektif malam apresiasi ini adalah bagi memberi penghargaan kepada rakan kerjasama serta jalinan rangkaian daripada pelbagai agensi dalam mencapai objektif dan hala tuju yang sebenar.
Antara pengisian program tersebut ucapan pengerusi RTM Bintulu, ucapan perasmian daripada YB Tuan Iskandar Bin Turkee, persembahan lagu daripada artis cilik dan tempatan, cabutan bertuah, penyampaian sijil penghargaan kepada agensi serta banyak lagi.
Pihak pejabat merakamkan ribuan terima kasih atas jemputan dan kolaborasi dalam memberikan liputan berkaitan info setiap program jabatan kepada masyarakat di luar sana.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMadani
#HarungiBersama
- JBS Sarawak
- Hits: 212
