- JBS Sarawak
- Hits: 198
TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN KELAB BADAN SUKAN DIBAWAH PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA DAERAH LAWAS.
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 17 DISEMBER 2024 – Pada minggu lalu telah diadakan perjumpaan Kelab dan gabungan bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang. Perjumpaan tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Hijauan Borneo Lawas bermula jam 8.30 pagi dan tamat sesi tersebut pada jam 2.00 petang. Tujuan Mereka hadir adalah bagi mendaftarkan kelab sukan mereka bersama Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Ini merupakan bukti bahawa bertapa aktifnya belia yang berada di Bahagian Limbang.
Encik Zaini Abd Talib Pegawai Unit Pembangunan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang. Encik Zaini telah memberikan taklimat dan membantu didalam proses pendaftaran 7 kelab baru didalam Web EROSA.
Sementara itu, antara perkara yang turut ditekankan adalah perancangan program dan halatuju kelab bagi tujuan yang lebih baik. Pihak PBSB Limbang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berharap agar kelab tersebut akan diuruskan dengan sebaiknya. Semoga dengan itu, dapat memeriahkan serta memartabatkan lagi arena sukan khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
- JBS Sarawak
- Hits: 198
