Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 18 DISEMBER 2024 - Senamrobik Sempena Hari Sukaneka: Meraikan Kesihatan dan Keceriaan Bersama! Tadika TAHFIZ HIKMAH Tanjung Bundong, Kota Samarahn telah mengadakan acara Senamrobik yang meriah sebagai salah satu aktiviti sempena Hari Sukaneka 2024. Program ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar serta staf tadika.
“Senamrobik bukan hanya tentang bersenam, tetapi ia juga tentang keseronokan dan kebersamaan semua pelajar bersuka ria dan aktif secara fizikal. Kepentingan aktiviti fizikal untuk pembangunan minda dan tubuh anak-anak, serta menggalakkan ibu bapa untuk menyertai aktiviti-aktiviti sihat bersama anak mereka.
Acara senamrobik diketuai oleh Puan Norliati Binti Li dan Jurulatih dari Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan. Majlis turut dihadiri oleh Puan Dayang Norliza Binti Abang Bujang, Guru Besar Tadika Tahfiz HIKMAH Tanjong Bundong serta pegawai-pegawai dari Pejabat HIKMAH Cawangan Kota Samarahan, yang menunjukkan sokongan padu terhadap pelaksanaan program ini. Mereka juga turut serta dalam sesi senamrobik, menyemarakkan lagi suasana ceria dan penuh semangat.
Selain senamrobik, pelbagai aktiviti menarik lain juga diadakan sepanjang Hari Sukaneka, termasuk permainan tradisional, pertandingan sukan. Program ini diharap dapat mengukuhkan tali persaudaraan serta memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar dan ibu bapa.
Marilah kita terus bergerak aktif dan menjadikan gaya hidup sihat sebagai satu amalan harian!
#TeamKBS
#Team JBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
- JBS Sarawak
- Hits: 193
