- JBS Sarawak
- Hits: 170
MESYUARAT PROGRAM ZIARAH KASIH 2.0 SEMPENA PERAYAAN HARI NATAL DI HOSPITAL LAWAS OLEH MAJLIS KEBAJIKAN DAN SUKAN ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN SARAWAK (MAKSAK WANITA) BAHAGIAN LIMBANG
DISEDIAKAN OLEH: Hafizul Wong Helmi, Jbsn Sarawak
LIMBANG, 5 DISEMBER 2024 – Satu Mesyuarat MAKSAK Wanita Bahagian Limbang telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Pejabat Daerah Lawas. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Puan Sarapiah Binti Wan Kadir, Pengerusi MAKSAK Wanita Limbang dan dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa tertinggi MAKSAK WANITA. Puan Aimy Alisha Charlie, Pembantu Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang telah hadir sebagai Penolong Setiausaha.
Majlis turut membincangkan aktiviti yang bakal dilaksanakan iaitu Program Ziarah Kasih 2.0 Sempena Perayaan Hari Natal di Hospital Lawas.
Antara pendekatan MAKSAK Wanita Bahagian Limbang pada kali ini adalah untuk menyediakan sedikit kelengkapan dan buah tangan bagi menyambut perayaan Hari Natal yang bakal menjelang tidak lama lagi. Langkah ini juga diharapkan dapat mengilhamkan yang lain untuk turut serta dalam usaha meringankan bebanan orang lain, khususnya dalam situasi yang mencabar.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program tersebut. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama di kalangan pelbagai pihak.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsblimbang
- JBS Sarawak
- Hits: 170
