- JBS Sarawak
- Hits: 325
RAKAN MUZIK RENTAK SENI MEMUPUK GENERASI BARU MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN TARIAN TRADISIONAL
BETONG, 30 NOVEMBER 2024 – Program Rakan Muzik Rentak Seni Peringkat Bahagian Betong telah di adakan pada 12 hingga 14 November 2024 bertempat di Dewan Tandang Sari, SMK Pusa. Program ini diadakan sebanyak 3 sesi dan penyertaan adalah daripada pelajar sekolah tersebut. Program ini bertujuan dalam meningkatkan kesedaran dan minat belia terhadap seni dan budaya tempatan disamping memberi platform kepada belia-belia untuk menonjolkan bakat dan kreativiti mereka. Peserta telah diajar asas tarian secara teori dan pratikal iaitu tarian tradisional masyarakat Bidayuh dan Iban.
Di akhir sesi, para peserta telah membuat persembahan secara berkumpulan dengan mengenakan pakaian tradisional etnik Bidayuh dan Iban. Sesi penangguhan program telah di adakan pada 14 November 2024 bertempat di Dewan Tandang Sari, SMK Pusa. Antara tetamu jemputan semasa majlis penangguhan program Encik Saini bin Bakar, Pengetua SMK Pusa, Encik Roslan bin Jabang, Penolong Kanan Pentadbiran. Hadir sama Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Pihak pejabat mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program.
- JBS Sarawak
- Hits: 325
