- JBS Sarawak
- Hits: 220
PROGRAM RAKAN MAHIR : SKILLS FOR LIFE @ PARLIMEN P.208 SARIKEI TAHUN 2024 (DESIGN EASY WITH CANVA)
Disediakan oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak
SARIKEI, 22 NOVEMBER 2024 – Program Rakan Mahir : Skills for Life @ Parlimen P.208 Sarikei Tahun 2024 (Design Easy With Canva) telah dilaksanakan di Dewan Kuliah Giatmara Sarikei yang melibatkan seramai 20 peserta. Penceramah jemputan ialah Encik Abang Zulkarnain Bin Abang Kusairi, Pembantu Lojistik Giatmara Selangau. Program ini berlangsung selama sehari dengan pengisian program secara teori dan praktikal penggunaan Canva. Program ini bertujuan untuk membantu golongan belia mengasah kemahiran mereka dalam sektor pemasaran dengan menggunakan Canva.
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat meningkatkan Kemahiran dalam kalangan belia bagi membantu mereka dalam mempersiapkan diri mendepani cabaran semasa khususnya dalam dunia ICT. Ribuan Terima Kasih Juga diucapkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 220
