Disediakan oleh: Muhammad Afif bin Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 3 SEP 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan PBSB Sibu Bil 4/2024 dan telah dipengerusikan oleh Cik Nur Fatheen Khairuzan bt. Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu yang telah berlangsung di PBSB Sibu pada jam 10.30 pagi hingga selesai. Mesyuarat ini membincangkan pelbagai perkara merangkumi persediaan pelaksanaan program -program di bawah unit Sukan dan Rakan Muda serta Pengurusan Kewangan. Pengerusi mengharapkan setiap program di bawah unit masing-masing berjalan dengan lancar dan setiap kakitangan dapat mengurus diri dengan baik bagi meningkatkan lagi kredibiliti kerja yang lebih baik pada setiap masa.
- JBS Sarawak
- Hits: 144
