Disediakan Oleh : Jamaika Binti Marciano, PBSB Sarikei
Sarikei (Julau), 15 Mei 2024 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah bekerjasama dengan SMK Julau bagi meraikan Program Semarak Hari Belia Negara Tahun 2024 Daerah Julau. Program tersebut telah dirasmikan oleh Encik Zulfadhli Bin Leonardo, Cawangan Pembangunan Rakan Muda di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Program tersebut diisi dengan Ikrar Belia Malaysia dan perkongsian ilmu mengenai Hari Belia Negara menerusi salah satu 10 Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Ekspresi. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga program ini dapat menyerlah dan mengekalkan prestasi kecemerlangan belia dalam bidang masing-masing demi masa hadapan generasi Belia yang cerah. Yakin Boleh!!!!
Disediakan Oleh : Jamaika Binti Marciano, PBSB Sarikei
Sarikei (Pakan), 15 Mei 2024 : Bersempena Hari Belia Negara Tahun 2024 Peringkat Bahagian Sarikei, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah bekerjasama bersama SMK Pakan dan Kelab Belia Pekan Pakan bertempat di SMK Pakan. Program tersebut telah dirasmikan oleh Encik Abdul Rani Bin Jemi, Cawangan Pembangunan Sukan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Program tersebut diselitkan dengan Ikrar Belia Malaysia dan perkongsian ilmu mengenai Hari Belia Negara menerusi salah satu 10 Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Ekspresi. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga program ini dapat memberikan impak yang besar kepada golongan belia untuk terus komited dan berusaha menimba ilmu, meneroka alam kerjaya dan mencari tujuan hidup. Yakin Boleh!!!!
Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 15 MEI 2024- Pejabat Belia dan Bahagian Sibu dengan kerjasama Kelab Belia Jalan Lanang telah melaksanakan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kanowit bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Nanga Dap. Bertemakan “Yakin Boleh” program ini melibatkan 200 orang pelajar yang berumur 15 tahun keatas. Program ini juga dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia. Semarak Hari Belia merupakan permulaan (kick-off) bertujuan untuk menarik penyertaan belia di peringkat akar umbi dalam menyemarakkan lagi Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri dan juga Kebangsaan di samping memfokuskan kepada Ikrar Belia Malaysia dan aktiviti yang menjurus kepada pembangunan potensi belia menerusi elemen 10 gaya hidup Rakan Muda. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat kecintaan dan patriotism kepada golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara. Ikrar Belia telah dibacakan oleh Joseph Irau Anak Martin.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMK Nanga Dap, Encik Dagang Anak Bungsu. Turut hadir Puan Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu dan juga Encik Wiliy Anak Johnson mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit. Program ini turut berlangsung acara senamrobik yang dikendalikan oleh Jancie Audrey Kachong dari Kelab Kecergasan LCHFS Sibu. Seterusnya disusuli dengan acara Suara Emas Belia dan cabutan nombor bertuah.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kanowit Tahun 2024.
KUCHING, 8 MEI 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching (PBSB Kuching) telah mengadakan satu Post-mortem program Malaysia Aktif @Komuniti 2023 pada 7 Mei 2024 bertempat di bilik seminar Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Malaysia Aktif @Komuniti menyenaraikan tiga acara/aktiviti utama iaitu acara futsal, bola jaring dan senamrobik. Acara ini dilaksanakan telah dilaksanakan pada bulan Oktober dan November 2023.
Post-mortem ini telah dihadiri mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membincangkan beberapa isu yang timbul sepanjang program berlangsung. Ini termasuklah mencari kekuatan dalaman individu atau pasukan dalam. menjalankan sesuatu projek, membuat perincian tentang langkah-langkah penting yang perlu dalam melaksanakan projek, menyenaraikan kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan projek serta mengemukakan cadangan-cadangan penambahbaikan untuk program yang serupa pada masa akan datang.
Sebanyak 7 persatuan telah bekerjasama dengan PBSB Kuching untuk melaksanakan program Malaysia Aktif @Komuniti iaitu Kelab Belia Warisan Kenyalang Bandar Baru Samariang, Kelab Futsal Petra Jaya, Kelab Memanah Assalam Kuching, Kelab Sukan Rekreasi Kolej Komuniti Kuching, Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Negeri Sarawak, Persatuan Tent Pegging Negeri Sarawak dan Tunku Village Football Club.
7 lokasi/ Program perumahan rakyat (PPR) yang terliba dalam Malaysia Aktif @Komuniti ini; PPR Batu Gong Siburan, PPR Kampung Tunku Petra Jaya, PPR Petra Jaya 1, PPR Sungai Tengah Matang, PPR Taman Dahlia Matang, PPR Taman Sepakat Jaya Demak Laut dan PPR Taman Sri Wangi.
KUCHING, 2 MEI 2024 – Liga Sukan Komuniti (LSK) pada tahun ini akan diadakan dalam bulan Mei hingga Jun 2024, yang melibatkan tiga acara iaitu acara ping pong, sepak takraw dan bola tampar wanita. Pelaksanaan LSK diadakan serentak di seluruh Negeri Sarawak.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan teknikal pada 2 Mei 2024 yang melibatkan Kelab Ping Pong JABES, Kelab Sepak Takraw Satok (ATAS), Persatuan Bola Tampar Bahagian Kuching dan Kelab Kecergasan 1Kenyalang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Margaret Sawing selaku Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak.
Disediakan oleh : Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 13 MEI 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah dijemput hadir ke Larian Baton Sukma XXI Sarawak 2024 bersempena SUKMA XXI Sarawak pada 12 Mei 2024. Program tersebut telah dihadiri Encik Mohammad Arbi Bin Rosli mewakili pejabat. Majlis pelepasan pelari telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Abdul Yakub Bin Haji Arbi, ADUN N.58 Balingian.Turut hadir Datu Hii Chang Kee, Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak.
Program ini telah disertai lebih 500 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum sekaligus mencerminkan kesepaduan penduduk Sarawak yang telah diterjemah pada lagu tema SUKMA XXI Sarawak. Selain itu, kehadiran ketua jabatan, ketua masyarakat dan ketua kaum yang terdiri dengan kepelbagaian bangsanya memeriahkan program tersebut. Aktiviti sampingan turut diadakan seperti Program Sarawak Active merangkumi aktiviti senamrobik, sukan ekstreme, sukan tradisi, persembahan wushu dan memanah.
Majlis Penyerahan Baton telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak. Turut serta dalam majlis tersebut ialah beberapa ikon sukan di bahagian Mukah yang telah dan pernah mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia dalam sukan yang diceburi. Sarawak meletakkan harapan tinggi SUKMA XXI Sarawak 2024 iaitu menjadi juara keseluruhan dalam temasya sukan tersebut yang akan berlangsung pada 17-24 Ogos 2024.
KUCHING, 8 MEI 2024 – Pegawai/kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching (PBSB Kuching) bersama-sama menyertai program Lan Bejarah Gik yang telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (KEBS) pada 8 Mei 2024 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak (KOMBES).
Turut menyertai program ini ialah pegawai/ kakitangan dari Ibu Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, KOMBES, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak dan PBSB Samarahan. Selain menjamu selera, persembahan karaoke dan cabutan bertuah telah diadakan. Semoga ikatan ukhuwah dan persaudaraan sesama kita akan berpanjangan dan berkekalan sampai bila-bila.
KUCHING, 13 MEI 2024 – Sanah Helwah kepada Puan Zuriyanti Kok Mohamad Ramzi, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22 (TBK). Semoga beliau dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan serta hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
Beliau mula berkhidmat di Pejabat Belia dan Sukan pada 12 Julai 2022 Sebelum itu, beliau bertugas di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Urus Setia Cawangan Sarawak. Selama perkhidmatan beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2015 dan 2022. Semoga pada masa akan datang, beliau akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching. Sekali lagi diucapkan Happy Birthday! Semoga redha Allah sentiasa mengiringimu.
KUCHING, 13 MEI 2024 – Seramai 40 orang peserta KLAS Renang Fasa 1 tahun 2024 telah menerima sijil penyertaan yang telah disampaikan oleh Puan Fatimah Abdul Rahman, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada 12 Mei 2024, jam 4.30 petang bertempat di Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Peserta terdiri daripada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun daripada keluarga B40. Program ini dianjurkan bertujuan untuk mengurangkan kadar kematian akibat lemas dalam air dengan memberi pendedahan teknik asas berenang dan membina keyakinan di dalam air. Tenaga pengajar terdiri daripada instruktur renang yang mempunyai kepakaran dan ilmu sukan renang dari Kelab Renang Power Aquatics.