Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 6 OGOS 2024 – Sesi lawatan singkat ke Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Mukah oleh Yang Berhormat Tuan Royston bin Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian bersama Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah diadakan pada 31 Julai 2024. Lawatan tersebut turut disertai Encik Mohammad Arbi bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Encik Tanrapijan bin Haji Serakawi, Presiden Nebulae FC dan Encik Satar Bin Haji Smawi, Penguasa Kem Belia Mukah.
Lawatan tersebut adalah untuk melihat keadaan KSK yang telah dinaik taraf bermula pada 27 November 2023 dan siap pada bulan Julai 2024. Selain itu, lawatan tersebut juga bertujuan untuk melihat kemudahan fasiliti sukan yang terdapat di Mukah bagi kegunaan komuniti. Kompleks Sukan Komuniti menyediakan kemudahan bagi sukan futsal, bola jaring, bola keranjang dan badminton. KSK akan dibuka untuk kegunaan komuniti di Mukah setelah selesai urusan dokumentasi bangunan dan serah milik pemilikan dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
- JBS Sarawak
- Hits: 220
