Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 15 MEI 2024 – Semarak Hari Belia Negara 2024 merupakan permulaan (kick off) bertujuan menarik penyertaan belia di peringkat akar umbi dalam menyemarakkan Sambutan Hari Belia Negara di peringkat Negeri dan Kebangsaan. Semarak HBN memfokuskan pelaksanaan Ikrar Belia Malaysia dan aktiviti yang menjurus kepada 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kuching dilaksanakan bersama rakan strategik, Pergerakan Pemuda Malaysia Negeri Sarawak (YMM) dan Kolej Komuniti Kuching bertempat di Dewan Kolej Komuniti Kuching dan Taman Rekreasi Pustaka Negeri Sarawak yang melibatkan 3 Gaya Hidup Rakan Muda; Rakan Niaga, Rakan Muzik dan Rakan Aktif. Seramai 207 orang peserta telah menyertai program ini.
Pada sebelah pagi, pengisian program dimulakan dengan tayangan video amanat Hari Belia Negara daripada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan diikuti dengan bacaan Ikrar Belia Malaysia oleh Ketua Pelajar Kolej. Pada sebelah petang, para peserta telah menyertai brisk walk di Taman Rekreasi Pustaka Negeri Sarawak. Acara sampingan seperti cabutan bertuah turut diadakan. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Encik Sumbang Mandau, Pengarah Kolej Komuniti Kuching bersama-sama pensyarah, pegawai dan kakitangannya serta penyelaras di peringkat kolej iaitu, Encik Abit Nunong, Pegawai Belia dan Sukan Kolej Komuniti Kuching.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsbkuching
#HariBeliaNegara2024
- JBS Sarawak
- Hits: 128
