Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 9 SEPTEMBER 2024 – Mesyuarat Postmortem Penganjuran SUKMA XXI Sarawak Bahagian Betong telah diadakan pada 6 September 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Pejabat Residen Bahagian Betong. Mesyuarat dipengerusikan oleh Cik Florence Bulan Anak Johnny, Pegawai Tadbir (Unit Perancangan Sosial) Pejabat Residen Bahagian Betong.
Mesyuarat bertujuan untuk mendapatkan maklum balas serta isu-isu daripada Jawatan Kuasa Kerja yang terlibat sepanjang penganjuran SUKMA XXI Sarawak yang telah berlangsung di Betong pada 19 hingga 23 Ogos 2024, bagi acara Angkat Berat bertempat di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan. Pengerusi turut mengucapkan ucapan terima kasih dan tahniah atas sumbangan sukarelawan dan petugas Jawatankuasa Tenaga Kerja, Sukarelawan dan Pegawai Perhubungan SUKMA XXI Sarawak 2024 di Bahagian Betong serta Jawatankuasa Kerja yang lain semasa temasya tersebut diadakan.
Hadir sama semasa mesyuarat Cik Nurulzamzam bt. Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong serta Cik Azira binti A.Manan.
- JBS Sarawak
- Hits: 177
