- JBS Sarawak
- Hits: 192
PROGRAM RAKAN MAHIR SKILLS FOR LIFE @PARLIMEN PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU (TAHUN 2024)
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 29 NOVEMBER 2024 – program Rakan Mahir Skills For Life @Parlimen Peringkat Bahagian Bintulu tahun 2024 telah diadakan pada 23 November 2024 bertempat di Perpustakaan Awam BDA Bintulu. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah bekerjasama dengan Kelab Belia Prihatin Bakun bagi melaksanakan Kursus Penghasilan Ratai Manik Tradisional yang disertai seramai 20 orang peserta.
Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta teknik-teknik menghasilkan rantai manik yang berkualiti, selain itu matlamat kursus ini dianjurkan juga, agar dapat membantu para belia untuk menjana pendapatan sampingan bagi mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup dan seterusnya kesejahteraan sosial dan ekonomi secara tidak langsung
- JBS Sarawak
- Hits: 192
