Disediakan oleh: NFS, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 05 OGOS 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Kelab Belia Transformasi Aktif Simanggang telah mengadakan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Bahagian Sri Aman 2024 pada 03 Ogos 2024 di Dewan Suarah Sri Aman. Program yang telah dipengerusikan oleh Mahra Salleh, Residen Bahagian Sri Aman ini bertujuan untuk mendapatkan usul dan cadangan daripada persatuan belia dan sukan bagi pembangunan para belia di bahagian Sri Aman.
Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Mahra Salleh, Residen Sri Aman kerana telah mempengerusikan majlis perundingan dan semua ahli-ahli perundingan yang dapat menghadirkan diri. Turut hadir ke program tersebut Encik Khalid Bin Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#TeamPBSBSriAman
- JBS Sarawak
- Hits: 187
