- JBS Sarawak
- Hits: 120
PASUKAN MAZAKA MERANGKUL GELARAN JUARA LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2024 ACARA PING PONG
Disediakan oleh : Terence Tan, JBSN Sarawak
SIBU, 19 MEI 2024 – Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Sibu 2024 bagi acara Ping Pong telah berlangsung selama dua hari bermula 18 hingga 19 Mei 2024 bertempat di Dewan Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu. Pertandingan ini menawarkan hadiah berupa wang tunai dan medal iaitu Johan akan menerima wang tunai sebanyak RM500 ringgit, tempat kedua RM300 ringgit dan tempat ketiga sebanyak RM200 ringgit. Pasukan MAZAKA telah mengungguli bagi acara ping pong ini sekaligus merangkul gelaran juara. Tempat kedua pula telah dimenangi oleh pasukan MASTERS dan tempat ketiga pula pasukan Bukit Aup. Johan dan Naib Johan pertandingan ini akan melayakkan diri ke Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2024.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah dihadiri oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu diiringi oleh Dr. Clement Chen, Pengerusi Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu, dan Encik Shau Sing Yong, Setiausaha Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu.Tahniah diucapkan kepada para permenang dan semua pasukan yang telah terlibat dalam pertandingan ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 120
