Disediakan oleh : Zulfadhli Leonardo, PBSB Sarikei
SARIKEI, 17 Ogos 2024 : Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah diadakan di Smk Sungai Paoh Sarikei, Taklimat ini disampaikan oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. ARPRM ini adalah satu cabaran kepada individu belia pada masa kini justeru taklimat ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan ARPRM ini kepada generasi muda berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kesukarelawan yang menggalakkan penerokaan jati diri, kepercayaan diri, semangat dedikasi dan perasaan tanggungjawab dalam diri generasi muda masa kini.
Antara intipati taklimat yang disampaikan oleh beliau adalah peringkat penganugerahan, manfaat program ARPRM, kaedah pendaftaran ARPRM, kaedah pelaksanaan ARPRM, 4 elemen utama program ARPRM dan sebagainya bagi panduan kepada generasi muda untuk melibatkan diri dengan aktiviti ARPRM. Turut Hadir dalam taklimat ini En Zulfadhli bin Leonardo Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Semoga aktiviti ini dapat membentuk pembangunan jati diri remaja secara holistik melalui penyertaan mereka dan dapat menggalakkan penyertaan yang lebih meluas pada masa akan datang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#Malaysia

- JBS Sarawak
- Hits: 112