- JBS Sarawak
- Hits: 149
MESYUARAT PASUKAN PETUGAS PEMANTAUAN KETIBAAN / KEPULANGAN KONTINJEN DI AIR PORT (PEKA)
Disediakan oleh: Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 9 OGOS 2024- Mesyuarat penyelarasan bagi Pasukan Pasukan Petugas Pemantauan Ketibaan / Kepulangan Kontinjen di Airport (PEKA) Bahagian Sibu telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Lapangan Terbang Sibu dan mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Faizal bin Ali . Seramai 4 orang Sukarelawan Am telah turut hadir dalam mesyuarat tersebut. Simulasi juga turut diadakan bagi melancarkan pergerakan bagi setiap Jawatankuasa. Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membuat penyelarasan tugasan bersama dengan semua Jawatankuasa yang akan berganding bahu untuk menyambut ketibaan dan menguruskan kepulangan Kontinjen sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Dua orang Sukarelawan Am akan memakai maskot Satria dan Satrina bagi menyambut ketibaan setiap Kontinjen yang sampai di Lapangan Terbang Sibu. Pejabat Belia dan Sukan telah dihadiri oleh Puan Morni binti Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu.
- JBS Sarawak
- Hits: 149
