Disediakan oleh: ZK, JBSN Sarawak
KUCHING, 19 JULAI 2024 - Jawatankuasa Tenaga Kerja, Sukarelawan dan Pegawai Perhubungan Sukma XXI Sarawak telah menganjurkan Kursus Asas Sukarelawan Am Sukma XXI, Sarawak 2024 di Kuching, kursus ini dibahagikan kepada empat zon yang melibatkan seramai 1,200 orang peserta. Kursus zon 1 telah diadakan pada 6 – 7 Julai 2024 (Dewan Malaysia Jaya), zon 2 pada 9 – 10 Julai 2024 (Dewan Suarah, Kuching), zon 3 pada 13 – 14 Julai 2024 (Wisma Wanita [Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak]) dan zon 4 pada 16 – 17 Julai 2024 (Dewan Serbaguna KOMBES).
Kursus ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan asas tugasan dan peranan sebagai sukarelawan am semasa SUKMA XXI Sarawak 2024 nanti. Penugasan semua sukarelawan am ini akan bermula dua hari sebelum tarikh sebenar SUKMA XXI Sarawak 2024 pada 17 hingga 24 Ogos 2024. SUKMA XXI Sarawak 2024 akan mempertandingkan sebanyak 43 acara dan 23 dari acara tersebut akan diadakan di Bahagian Kuching.
#TeamKBS
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsbkuching
#SUKMA XXI SARAWAK 2024
- JBS Sarawak
- Hits: 256
