Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 17 OKTOBER 2024 – Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu telah mengadakan satu program Rakan Bumi: Lestari Alam Le Tour De Langkawi 2024 bertempat di Taman Tumbina Bintulu pada 05 Oktober 2024 yang lalu. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Jeffry Jalong, Pegawai Tadbir, Wakil Residen Bahagian Bintulu.
Program ini turut melibatkan seramai 42 orang sukarelawan dalam menjayakan program tanam pokok sebanyak (50) lima puluh pokok dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pokok dan kawasan berhutan serta memupuk semangat cintakan alam semulajadi dan pengekalan kawasan litupan hijau sebagai satu agenda nasional penanaman 100 juta pokok dalam tempoh 5 tahun bermula tahun 2021 hingga 2025.
- JBS Sarawak
- Hits: 275
