Disediakan oleh: NFS, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 30 September 2024 - Program Fit Malaysia @ FIT Komuniti Peringkat Bahagian Sri Aman 2024 bagi Siri 3 DAN 4 telah diadakan pada 28 -29 September yang lalu dengan kerjasama Jawatankuasa kampong Hilir Sri Aman. Program kecergasan berbentuk senamrobik dan fun walk ini telah disertai seramai lebih 50 orang peserta. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Jawatankuasa Kecergasan Sri Aman yang bertujuan memupuk budaya bersukan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADAN
#TeamPBSBSriAman
- JBS Sarawak
- Hits: 186
