- JBS Sarawak
- Hits: 214
LIMBANG HALF MARATHON BERSEMPENA HARI SUKAN NEGARA MENDAPAT SAMBUTAN YANG SANGAT MEMBERANGSANGKAN.
Disediakan oleh: Hafizul Wong Helmi, JBSN Sarawak.
LIMBANG, 14 OKTOBER 2024 – “Kita sejiwa dalam perpaduan ummah” menjadi satu ideologi menarik dalam memberi wadah penyatuan kaum di bahagian Limbang. Ini dibuktikan kerana semalam telah berlangsung satu program yang dinamakan Limbang Half Marathon bersempena Hari Sukan Negara yang bertempat di Dewan Suarah Limbang, Limbang. Acara ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang dengan kerjasama Kelab Sukan rekreasi Muhibah Kampung Pelita serta Sport Gallery Limbang.
Sebanyak 500 penyertaan mengambil bahagian dalam acara yang terbahagi kepada tiga iaitu 21km half marathon, 5Km fun run dan 3km fun walk bagi edisi kali ini. Agenda utama penganjuran kali ini ialah adalah untuk melibatkan dan mengeratkan lagi hubungan diantara masyarakat di Limbang serta mebudayakan Masyarakat yang aktif bersukan dari segala peringkat umur.
Acara ini dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum anak Niot dan turut hadir dan menyertai acara, semua pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang.
- JBS Sarawak
- Hits: 214
