- JBS Sarawak
- Hits: 174
SAMBUTAN YANG AMAT MERIAH DARI PENDUDUK KAMPUNG REMBUS, KOTA SAMARAHAN – PROGRAM FITMALAYSIA (FIT KOMUNITI@BAHAGIAN SAMARAHAN) 2024
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 28 September 2024 –Fit Komuniti@Bahagian Samarahan disambut dengan meriah oleh penduduk Kampung Rembus, Kota Samarahan. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada program tersebut adalah sesi Zumba. Penglibatan Warga Emas, belia, remaja, kanak-kanak,kaum ibu dan bapa juga turut serta dalam aktiviti tersebut. Sesi Zumba ini diketuai oleh Encik Sukiman Bin Adenan yang merupakan Zumba Instruktur Network (ZIN) yang mempunyai lesen untuk mengajar aktiviti Zumba. Turut hadir pada program tersebut adalah Encik Bakil Anak Saban, Ketua Kaum Kampung Rembus. Beliau berharap agar program seperti ini diteruskan dan beliau sedia menerima program ini dibuat sekali lagi di kampung berkenaan kerana sambutan penduduk kampUng begitu ramai sekali.
- JBS Sarawak
- Hits: 174
