Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 24 SEPTEMBER 2024 - YB Royston Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 57 Tellian, telah membuat lawatan tidak rasmi ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit minggu lalu, lawatan tersebut adalah bertujuan untuk beramah mesra dengan kakitangan pejabat. Lawatan ini memberi peluang kepada YB Royston untuk berinteraksi dengan kakitangan, mendengar pandangan mereka, dan berkongsi idea mengenai cara untuk meningkatkan perkhidmatan di bahagian tersebut. Dalam ketiadaan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Puan Olivia Kaminis, yang masih bercuti, pejabat tersebut diwakili oleh En. Lanting Mala, Pembantu Belia dan Sukan.
YB Royston yang juga pernah berkhidmat sebagai Penggerak Rakan Muda KBS pada 2007 yang lalu turut menekankan kepentingan menjalin hubungan yang kukuh dengan pejabat perkhidmatan awam dan menyatakan sokongan beliau terhadap inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh Pejabat Belia dan Sukan Kapit. Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan YB Royston untuk berhubung dengan komuniti setempat dan memahami keperluan mereka, bagi memastikan kerjasama yang lebih baik antara agensi kerajaan dan wakil rakyat tempatan. Pihak pejabat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Royston kerana sudi bertandang ke pejabat dan memberi pandangan beliau untuk pembangunan belia dan sukan di bahagian ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 275
