Disediakan oleh: NZS, JBSN Sarawak
BETONG, 19 SEPTEMBER 2024 – Satu sesi senam cergas telah diadakan bersama warga IPD Saratok pada 13 September 2024 bertempat di Padang Kawad IPD Saratok. Aktiviti telah dijalankan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Indai Tai Saratok.
Pelaksanaan program FitMalaysia (Fit Komuniti) memperkukuh perpaduan (unity) rakyat Malaysia melalui aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dengan memupuk kesetiaan masyarakat kepada Negara dengan pendekatan menyantuni masyarakat secara inklusif tanpa mengira batasan kaum, agama, umur dan jantina;
Program telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga IPD Saratok. Ketua Polis Daerah Saratok, YDH DSP Mordani Bin Tanin juga turut hadir menyertai program tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 163
