Disediakan Oleh: Muhammad Afif bin Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 14 SEPTEMBER 2024 - Program Senaman Warga Emas Peringkat Bahagian Sibu Tahun 2024 Siri ke 3 telah diadakan bertempat di Taman Tasik Permai, Sibu pada jam 5.00 petang hari ini.Tujuan senaman ini diadakan untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama warga emas dengan penggiat kecergasan komuniti. Selain itu, aktiviti fizikal yang kerap dan konsisten dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik, meningkatkan kekuatan otot dan tulang, serta mengekalkan fungsi kognitif khususnya di kalangan Warga emas.Semoga program seperti ini dapat memupuk semangat perpaduan dan meningkatkan kecergasan serta menggalakkan aktiviti fizikal dalam kalangan warga emas demi kesejahteraan mereka dan masyarakat kita secara keseluruhan.
- JBS Sarawak
- Hits: 192
