- JBS Sarawak
- Hits: 228
JAMUAN PENGHARGAAN KEPADA PETUGAS SUKMA XXI PUSAT SEKETARIAT SATELIT BAHAGIAN MIRI
Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 12 SEPTEMBER 2024 - Bertemu dan berpisah adalah adat kehidupan. 31 Ogos 2024 adalah hari terakhir Petugas Jawatankuasa Kerja Sukarelawan Am Pusat Seketariat Satelit Bahagian Miri. PBSB Miri telah menerima seramai empat (4) orang petugas di Pusat Seketariat Satelit Bahagian Miri iaitu Encik Zaini bin Abdul Talib, Puan Asmah binti Patola, Cik Nur Athirah Nabihah binti Mohamad Mahmud, dan Encik Adib bin David @ Daud.
Sebagai tanda penghargaan atas komitmen yang ditunjukkan sepanjang penugasan mereka semasa temasya Sukma XXI berlangsung, sedikit jamuan ringan telah diadakan di pejabat. Tugas petugas ini ialah membantu untuk melancarkan segala urusan di Pusat Satelit terutamanya melibatkan dokumentasi sukarelawan am.
Sebelum jamuan, beberapa patah ucapan penghargaan telah disampaikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri iaitu ribuan terima kasih atas segala komitmen yang telah dipamerkan sepanjang lebih sebulan mereka bertugas di pejabat. Segala jasa pasti akan selalu dikenang dan menjadi ingatan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
- JBS Sarawak
- Hits: 228
