Disediakan oleh: Hafizul Wong Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 09 SEPTEMBER 2024 – Satu program yang dinamakan Program Mobilisasi Satria “Menyantuni Kanak-Kanak” Peringkat Bahagian Limbang yang telah diadakan pada 1 September 2024 yang bertempat di Pusat Aktiviti Kanak Kanak, Taman Damai A, Bahagian Limbang. Program yang melibatkan Kanak-Kanak ini telah dikelolakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang dan dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Limbang. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang diwakili oleh Puan Aimy Alisha Charlie, Pegawai Unit Rakan Muda serta Encik Mohd Hafizul Helmi, Pegawai Unit Belia.
Program Mobilisasi Satria Menyantuni Kanak-Kanak tersebut telah berlangsung pada 1 September 2024 yang telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Antara pengisian dan aktiviti yang telah dilakukan antaranya pertandingan mewarna, cabutan bertuah, dan gotong royong kecerian Pusat Aktiviti kanak-kanak.
Semoga dengan kerjasama utuh dari semua pihak, program yang dilaksanakan ini mencapai sasaran penyertaan serta memenuhi objektif yang telah ditetapkan
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsblimbang
- JBS Sarawak
- Hits: 191
