Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 29 Mei 2024 – Mesyuarat Program Sukan Luar Bandar 2024 Samarahan telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Gedong pada 29 Mei 2024 jam 2:30 petang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Tamida Bin Da’adi, Pegawai Daerah Gedong serta dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan, kelab sukan dan NGO’S.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan pengisian aktviti sempena Program Sukan Luar Bandar 2024 Samarahan yang akan diadakan pada 13 Julai 2024 bertempat di Dewan Datuk Patinggi Ali, Gedong. Antara pengisian yang akan dilaksanakan adalah Pertandingan Sepak Takraw, Pertandingan Bola Tampar Wanita, Sepak Raga Bulatan, Petanque, Galah Panjang dan Senamrobik.
Selain itu juga, Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan akan melaksanakan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) pada masa yang sama. Antara pengisian program ANMS adalah Saringan Kesihatan, Pemeriksaan Gigi dan pelbagai lagi aktiviti kepada masyarakat setempat.
- JBS Sarawak
- Hits: 133
