Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 12 OGOS 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah menerima satu kunjungan daripada pihak Unit Audit Dalaman (UAD) KBS bagi sesi Pengauditan Pengurusan Kewangan di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu. Sesi pengauditan tersebut diketuai oleh Puan Nor Aliza Syamsinar Binti Shabuddin Bersama Puan Nor Munirah Bt Mohamad Aris dan Encik Mohamad Hafizuddin Bin Mohamad Yazid bertempat di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu.
Pengauditan Pengurusan Kewangan telah berlangsung selama lima hari di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu bermula pada 29 Julai 2024 sehingga 2 Ogos 2024. Antara aspek yang tekankan semasa pengauditan daripada UAD ialah kawalan pengurusan, kawalan pengurusan bajet, kawalan pengurusan perolehan, kawalan pengurusan perbelanjaan dan kawalan pengurusan aset dan stor.
Semoga dengan adanya pengauditan yang dijalankan seperti ini sedikit sebanyak dapat memberikan ilmu yang baru dan dapat memperbaiki serta meningkatkan kualiti pengurusan pejabat sekaligus mendapat garis panduan yang betul dalam menjalankan amanah dengan berintegriti.
- JBS Sarawak
- Hits: 163
