BETONG, 10 OGOS 2024 – Kami bersedia dan komited untuk mencurah tenaga dan bakti. Itulah semangat yang dilaungkan oleh para sukarelawan am Betong menjelang SUKMA XXI 2024 Sarawak semasa sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Encik Erwan Dzulfadli bin Pasah bertempat di Dewan Panglima Rentap, Betong. Tujuan taklimat diadakan adalah untuk menerangkan fungsi, peranan dan tugas-tugas yang akan dilaksanakan nanti. Seramai 117 sukarelawan am bahagian betong akan terlibat semasa temasya Sukan Malaysia itu nanti.
KAPIT, 27 Ogos 2024 – Program Mobilisasi Satria Menyantuni Kanak-Kanak / OKU Peringkat Bahagian Kapit telah berlangsung dengan jayanya di PDK Daerah Song pada 16 Ogos yang lalu. Program ini dilaksanakan dengan bersama Kelab Belia Gagasan Pekan Song.
Program ini menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia setempat yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin dan mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi serta peka dengan keadaan sekeliling. Di antara pengisian program pada hari tersebut ialah gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran, menggantung Jalur Gemilang dan aktiviti mewarna.
Program ini mendapat sokongan padu daripada rakan-rakan strategik iaitu Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Kapit, PKMB Daerah Song dan Giat Mara Kapit.
MIRI, 27 OGOS 2024 –– Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah dijemput oleh Institut Kemahiran Belia Negara, Miri sebagai penceramah Program Minggu Paradigma Pengambilan 43 Sesi 2 Tahun 2024. Cik Amy Noryanti (Unit Pembangunan Rakan Muda) telah mewakili pejabat untuk memberi ceramah mengenai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang bertempat di Dewan Makan, IKBN Miri.
Sepanjang ceramah berlansung, pelajar telah diberi pengenalan mengenai program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Anugerah ini dilaksanakan di mana-mana ada kelompok remaja yang berumur 14 hingga 24 tahun yang bertujuan untuk membangunkan potensi kendiri setiap peserta dan mendedahkan diri mereka untuk dekat dengan masyarakat.
Terdapat beberapa komponen yang perlu dilaksanakan peserta program ini iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal, dan penjelajahan lasak hanya untuk peserta tahap emas sahaja. Diharapkan pelajar yang hadir pada sesi ceramah tersebut mendapat manfaat dan lebih bersemangat untuk melaksanakan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
MIRI, 27 OGOS 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah dijemput untuk mengadakan pameran Rakan Muda sempena Program Festival of Youth anjuran Pelayanan Pemuda Pemudi BEM Sarawak. Tujuan Festival of Youth ini dilaksanakan ialah untuk membuka minda masyarakat bahawa pemuda-pemudi Sarawak adalah proaktif dan komited dalam usaha membendung masalah sosial dan isu semasa yang dihadapi oleh generasi kini.
Pameran Rakan Muda ini ialah salah satu langkah yang baik untuk meluaskan lagi pengetahuan mengenai 10 Gaya Hidup Rakan Muda yang baru dilancarkan pada tahun lalu. Selain itu, sedikit gambaran program yang telah berlangsung sepanjang tahun 2023-2024 turut dipamerkan. Pihak pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas undangan tersebut dan ia juga sebagai salah satu usaha untuk membantu belia mencari platform untuk menyerlahkan lagi potensi mereka.
MIRI, 27 OGOS 2024 – Program Menyantuni Warga Emas Peringkat Bahagian Miri telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Julai 2024 yang lalu bertempat di Pusat Perkhidmatan Warga Emas Miri. Program ini melibatkan kerjasama Kelab Belia Perkasa Taman Marina dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri. YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia berkesempatan untuk meninjau program ini dan meluangkan sedikit masa beliau bersama warga emas dan sukarelawan yang terlibat.
Aktiviti pertama dilaksanakan ialah gotong-royong membersihkan dan mengemaskan premis. Setelah selesai gotong-royong, sesi seterusnya ialah sesi “bonding” di antara sukarelawan dan warga emas. Pengisian sesi “bonding” tersebut bermain ping pong, mini games, menari, dan karaoke.
BETONG, 27 OGOS 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah menerima kunjungan daripada Encik Mohamad Sahrul Ezzad bin Jeman dan Encik Mohd Amirul Aiman bin Leman daripada Kelab Futsal Engkaras, Betong pada hari ini. Tujuan kunjungan mereka adalah untuk mendapatkan maklumat serta tatacara pendaftaran kelab.
Cik Azira binti A.Manan memberi penerangan syarat-syarat penubuhan kelab melalui pendaftaran secara online di portal Pesuruhjaya Sukan dan penyediaan dokumentasi bagi melengkapkan pendaftaran kelab. Encik Mohd Amirul Aiman bin Leman turut memberi serba sedikit maklumat berhubung kelab, misi dan visi, perancangan yang akan dilaksanakan. Pihak pejabat berharap dengan tertubuhnya kelab ini nanti, ianya akan terus bergerak aktif dalam penganjuran pertandingan bagi melahirkan lebih ramai bakat baru pemain futsal pada masa akan datang.
MIRI, 27 OGOS 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah menerima jemputan sebagai penceramah sempena Hari Kerjaya TVET IKBN Miri 2024 Zon Borneo. Program ini telah berlangsung pada 27 Julai 2024 bertempat di Bengkel DKM, IKBN Miri. Cik Amy Noryanti, Unit Pembangunan Rakan Muda telah mewakili pejabat untuk memberikan ceramah tersebut.
Ceramah ini lebih kepada pendedahan dan memperluaskan lagi mengenai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) terutamanya kepada penuntut di IKBN Miri. Selain daripada ceramah, terdapat aktiviti lain juga turut berlangsung salah satunya sesi dialog bersama alumni, bengkel kerjaya, dan banyak lagi. Pihak pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan tersebut.
BETONG, 26 OGOS 2024 - Perbincangan Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA): Menyantuni Kanak-kanak dan Warga Emas Peringkat Bahagian Betong bersama Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong dan Kelab Belia Komuniti Pekan Saratok telah diadakan pada 15 Ogos 2024 bertempat di Pejabat JKM Bahagian Betong. Perbincangan dipengerusikan oleh Cik Jojo anak Tehan dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Pelaksanaan Mobilisasi SATRIA ini menyasarkan penyertaan warganegara Malaysia yang berumur 13 hingga 30 tahun, sihat tubuh badan dan berminat menjalankan kerja-kerja sukarela. Adalah diharapkan program/aktiviti ini akan menjadi ikonik kepada inisiatif kesukarelawanan KBS, yang juga turut membantu bagi memberikan impak yang positif serta proaktif dalam membantu Kerajaan dalam memperkasakan komuniti.
Hadir sama semasa perbincangan Puan Nurul Syuhada bt. Mohd Zaidi, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Unit OKU), Puan Dayangku WidyaFazira binti Awang Sulaiman (Unit Perlindungan Kanak-kanak) dan Encik Khairol Azzam bin Ramli daripada pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong serta Encik Ibrahim bin Bujang, penasihat Kelab Belia Komuniti Pekan Saratok.
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 27 OGOS 2024 – Mesyuarat Penyelarasan Sukarelawan Sukma XXI Sarawak 2024 Bil.2 bagi sekretariat satelit bahagian Mukah telah diadakan pada 17 Ogos 2024 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah diadakan bertujuan untuk membincangkan persiapan sukarelawan serta pengagihan tugas para petugas di setiap venue dan jawatankuasa yang telah ditetapkan.
Selain itu, para petugas yang telah dilantik bagi setiap jawatan kuasa kerja dan venue pertandingan disarankan oleh Ketua Sekretariat Satelit Bahagian Mukah untuk memastikan sukarelawan hadir di tempat bertugas tepat pada masanya semasa menjalankan tugas. Petugas yang telah dilantik juga diharap dapat mengingatkan sukarelawan agar sentiasa menjaga disiplin dan menunjukkan imej positif kepada masyarakat dalam menjalankan tugas. Sermai 203 orang akan ditugaskan sepanjang Sukma XXI Sarawak 2024 di bahagian Mukah yang melibatkan tiga (3) acara sukan dengan empat (4) venue pertandingan.