- JBS Sarawak
- Hits: 136
PERBINCANGAN TELITI BAGI PROGRAM MOBILISASI SATRIA MENYANTUNI KANAK KANAK BAHAGIAN LIMBANG 2024
Disediakan oleh: Hafizul Wong Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 19 OGOS 2024 – Satu Perbincangan telah diadakan antara Jawatankuasa Pelaksana Program Mobilisasi Satria “Menyantuni Kanak-Kanak” Peringkat Bahagian Limbang yang telah diadakan minggu lalu bertempat di Pusat aktiviti kanak kanak, Taman Damai A, Bahagian Limbang. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh oleh Puan Aimy Alisha Charlie, Pegawai Unit Rakan Muda serta Encik Mohd Hafizul Helmi, Pegawai Unit Belia. Turut hadir ke mesyuarat tersebut adalah Encik Alister Langi Anak Potin, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Limbang
Perjumpaan ini dimulakan dengan penerangan agenda dan taklimat program oleh Puan Aimy Alisha Charlie. Agenda diteruskan dengan melawat tapak aktriviti dan melantik agensi yang bertanggungjawab untuk menyelia setiap aktiviti yang bakal dilaksanakan kelak. Program Mobilisasi Satria Menyantuni Kanak-Kanak tersebut dijadualkan untuk berlangsung pada 1 September 2024.
Semoga dengan kerjasama utuh dari semua pihak, program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai sasaran penyertaan serta memenuhi objektif yang telah ditetapkan
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsblimbang
- JBS Sarawak
- Hits: 136
