Disediakan Oleh : MJA, PBSB Sarikei
SARIKEI, 1 Ogos 2024 : Majlis Pengakap Daerah Sarikei telah mengadakan Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Daerah pada 1 Ogos 2024 bertempat di Sarikei Innovation Center (SIC). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Baharin bin Madon, Timbalan Pengerusi Sesi 2022-2023. Dalam pemilihan kali ini, ahli mesyuarat telah bersetuju untuk melantik Tuan Mohd. Reza bin Rapaiee menjadi Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Sarikei. Hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei yang dilantik sebagai Setiausaha Kehormat manakala Encik Zulfadhli bin Leonardo, Penolong Pegawai Belia dan Sukan mewakili PBSB Sarikei sebagai Ex-Officio juga dilantik sebagai pemeriksa kira-kira. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Tuan Zalani hj Sidi, Pesuruhjaya Pengakap Daerah serta beberapa orang Penolong Pesuruhjaya dari Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah.
Turut diadakan pada hari ini adalah Majlis pemasangan scarf gergasi pengakap di tugu daerah replika buah nenas sempena sambutan Hari Scarf Sedunia.
PBSB Sarikei merakamkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat serta berharap pergerakan ini dapat memainkan peranan sebagai Organisasi Kesukarelaan seiring dengan motto " PENGAKAP MENTRANSFORMASIKAN GENERASI"
- JBS Sarawak
- Hits: 212
