Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 28 JULAI 2024 – Bahagian Kuching telah menghantar enam pasukan untuk menyertai Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang telah dilaksanakan pada 27 hingga 28 Julai 2024 di tiga lokasi iaitu, acara ping pong di dewan serbaguna KOMBES, acara sepak takraw di dewan sepak takraw Persatuan Sepak Takraw Negeri Sarawak dan bola tampar wanita di Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak.
Pasukan Kuching telah memenangi dua acara daripada tiga yang dipertandingankan. Pasukan AJ telah dinobatkan sebagai johan dalam acara sepak takraw dan Extreme TTPC dalam acara ping pong. Manakala pasukan KPDBK DEADPOOL selaku naib johan acara ping pong, juga daripada Kuching. Johan kejohanan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.00, piala, medal dan sijil. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima sebanyak RM700.00 dan RM500.00 beserta piala, medal dan juga sijil. Johan bagi setiap kategori akan mewakili Negeri Sarawak ke Liga Sukan Komuniti peringkat Kebangsaan nanti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsbkuching
#LSKperingkatNegeriSarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 241
