- JBS Sarawak
- Hits: 167
PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM MOBILISASI SATRIA: MENYANTUNI WARGA EMAS DAN KANAK-KANAK
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 17 Julai 2024 – Perbincangan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kapit berkenaan pelaksanaan program Mobilisasi SATRIA: Menyantuni Warga Emas dan Kanak-Kanak telah diadakan di Bilik Mesyuarat, JKM Bahagian Kapit yang diwakili oleh Puan Angelia Dilla Anak Brain, Pegawai Pembangunan Masyarakat (Unit Kanak-Kanak), Turut hadir bersama Puan Siren Anak Renang (Unit Kanak-Kanak) dan Puan Alexandra Bala (Unit Warga Emas) pada Selasa lepas.
Puan Olivia Anak Kaminis telah memberi taklimat berkenaan dengan pelaksanaan program Mobilisasi Satria yang akan diadakan secara kerjasama dengan JKM Bahagian Kapit. Setelah perbincangan, ahli mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan program tersebut pada 16 Ogos 2024 bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Song dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Song dan sasaran penyertaan seramai 80 orang yang terdiri daripada belia berumur 15 sehingga 30 tahun.
- JBS Sarawak
- Hits: 167
