Disediakan oleh : NFS, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 24 JUN 2024 – Regu Saberkas B Lubuk Antu muncul juara Liga Sukan Komuniti (LSK) bagi acara sepak takraw yang berlangsung di Gelanggang Serbaguna RPR Taman Sentosa Indah, Sri Aman kelmarin.
Dengan kejuaraan itu, Saberkas B Lubuk Antu Berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500 beserta piala dan pingat manakala naib juara, Brotherhood A membawa pulang hadiah wang tunai RM300 dan pingat.
Sementara itu, Aniberst A dari Sri Aman yang muncul di tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200 bersama pingat.
Kesemua hadiah para pemenang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Encik Mohd Israk Bin Ismail dan diiringi Penaung Kelab Sepak Takraw, Bukit Begunan (KESETABB) , Encik Alexander Anak Frusis.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#TeamPBSBSriAman
- JBS Sarawak
- Hits: 156
