Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 10 JULAI 2024 – Satu mesyuarat bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Bintulu yang diwakili oleh puan Catherine Machop bersama Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu bertempat di JKM, Cawangan Bintulu pada Rabu lepas.
Antara agenda mesyuarat ialah mengadakan kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi pelaksanaan program SATRIA: menyantuni warga emas dan kanak-kanak. Pelaksanaan program ini akan diadakan pada 27 Julai 2024 dan melibatkan sasaran penyertaan seramai 80 orang yang terdiri daripada belia berumur 15 tahun sehingga 30 tahun.
Perancangan program ini turut melibatkan pusat perkhidmatan warga emas Bintulu serta pemulihan dalam komuniti Bintulu.
- JBS Sarawak
- Hits: 163
