Disediakan oleh: Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 3 JULAI 2024 – Pasukan GI telah dinobatkan sebagai juara Mobile Legend Bang Bang NGiling Bidai Mukah 2024 setelah menewaskan pasukan Malaya X Phoenix dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Centexs Mukah pada 30 Jun 2024 yang lalu. Pasukan mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM 1,000.00 dan RM 700.00 diikuti tempat ketiga pasukan Renegadz Esport RM 300.00 dan Phoenix Esports mendapat hadiah wang tunai RM100.00 di tempat keempat.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Arbi bin Rosli. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Hadir sama semasa majlis penyampaian hadiah ialah Encik Mohd Helmi bin Ibrahim, Presiden Persatuan Sukan Elektronik Bahagian Mukah. Program tajaan Yang Berhormat Dato Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen P.213 Mukah itu telah dikelola oleh Persatuan Sukan Elektronik Bahagian Mukah dan disokong penuh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
- JBS Sarawak
- Hits: 278
