- JBS Sarawak
- Hits: 176
PASUKAN LUTONG A DAN PASUKAN LUTONG B BERJAYA MENEMPAH NAMA KE PERINGKAT SETERUSNYA BAGI ACARA SEPAK TAKRAW
Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 26 JUN 2024 – Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Miri 2024 bagi acara Sepak Takraw baru sahaja melabuhkan tirai pada hujung minggu yang lalu bertempat di Kelab Rekreasi Petroliam, Lutong. Pertandingan ini menawarkan hadiah berupa wang tunai dan medal iaitu Johan akan menerima wang tunai sebanyak RM500 ringgit, tempat kedua RM300 ringgit dan tempat ketiga sebanyak RM200 ringgit.
Pasukan Lutong A telah mengungguli bagi acara sepak takraw dan sekaligus berjaya merangkul gelaran juara. Tempat kedua pula telah dimenangi oleh Pasukan Lutong B dan tempat ketiga pula Pasukan AMC 76 A . Johan dan Naib Johan pertandingan ini akan melayakkan diri ke Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2024.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah dihadiri oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri dan diiringi oleh Encik Abdul Hamid bin Sulaiman, Presiden Persatuan Sepak Takraw Miri. Tahniah diucapkan kepada para permenang dan semua pasukan yang telah terlibat dalam pertandingan ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
- JBS Sarawak
- Hits: 176
