Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 13 Jun 2024 – Hari ini PBSB Kuching bersama-sama Encik Lamat Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat JBSN Sarawak meraikan Majlis Persaraan Sanjungan Budi Semarak Kasih Encik Zume Kaiman yang bersara pilihan sebagai penjawat awam. Majlis turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak.
Encik Zume Kaiman telah berkhidmat selama 23 tahun dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan pernah bertugas di JBSN Sarawak dan JBSN Sabah. Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap yang bermula pasti akan berakhir dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Semoga beliau Allah memberikan kesihatan yang baik, kebahagian dan ketenangan buat belia sehingga ke akhirat sana. Tuai padi tinggal jerami, mega petang amat redup, dunia persaraan tuan alami, moga tenang nikmati hidup.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsbkuching
- JBS Sarawak
- Hits: 174
