- JBS Sarawak
- Hits: 148
TAKLIMAT PELAKSANAAN MOBILISASI SATRIA : PROGRAM MENYANTUNI KANAK-KANAK DAN WARGA EMAS
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 12 JUN 2024 – PBSB Kapit diwakili oleh Puan Olivia Anak Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah menghadiri taklimat secara hybrid berkenaan dengan pelaksanaan Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA): Program Menyantuni Kanak-Kanak dan Warga Emas.
Taklimat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohammad Shukeri Bin Drahman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Taklimat ini bertujuan untuk memaklumkan konsep bagi pelaksanaan aktiviti Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) melalui Pejabat Belia dan Sukan Bahagian/ Daerah/ Kawasan bagi memastikan kesinambungan serta penglibatan berterusan sukarelawan, peserta serta alumni peserta program Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kerja kesukarelawanan yang mengkhususkan kepada khidmat komuniti untuk penerima manfaat dari kalangan golongan khusus iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak serta belia massa.
Pelaksanaan Mobilisasi SATRIA ini menyasarkan penyertaan warganegara Malaysia yang berumur 13 hingga 30 tahun, sihat tubuh badan dan berminat menjalankan kerja-kerja sukarela. Adalah diharapkan program/aktiviti ini akan menjadi ikonik kepada inisiatif kesukarelawanan KBS, yang juga turut membantu bagi memberikan impak yang positif serta proaktif dalam membantu Kerajaan dalam memperkasakan komuniti.
- JBS Sarawak
- Hits: 148
