- JBS Sarawak
- Hits: 185
SESI KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN BETONG KEPADA RESIDEN BAHAGIAN BETONG
Disediakan oleh: Azira A.Manan, JBSN Sarawak
Betong, 11 Jun 2024 – Sesi kunjungan hormat dan sesi perbincangan Majlis Perundingan Belia Negara 2024 telah diadakan di Pejabat Residen Bahagian Betong oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong, Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi'ie, kepada Tuan Residen Bahagian Betong, Encik Richard Michael Abunawas pada 28 Mei 2024 yang lalu.
Sesi perbincangan tersebut bertujuan untuk menerangkan tentang perancangan Majlis Perundingan Belia Negara Bahagian Betong dan juga mendapatkan pandangan serta idea daripada Tuan Residen Bahagian Betong mengenai pengisian dalam perbincangan MPBN.
Sesi perbincangan tersebut telah membuat ketetapan di mana Majlis Perundingan Belia Negara Bahagian Betong akan diadakan pada 27 Jun 2024 bertempat di Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, Betong. Turut hadir bersama ialah Timbalan Residen Bahagian Betong, Encik Mahra Salleh serta Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Cik Azira A. Manan.
- JBS Sarawak
- Hits: 185
